Friday, 30 March 2018

CARA HILANGKAN RASA SAKIT SENGGUGUT

Perkataan senggugut mama kenal masa tingkatan 2 dahulu. Masa tu mama sendiri mengalami setiap datang bulan. Mama tinggal di Asrama, setiap datang bulan mama akan mengadu dengan warden. 

Firstnya warden bagi pil besar berwarna pink, terus mama tanya 
"pil apa ni cikgu?"
"Ni untuk senggugut"
Oh rupanya sakit masa datang bulan tu di panggil "senggugut" 
Hihi baru tau.


CARA HILANGKAN SENGGUGUT

Mujur mama kena senggugut ni masa belum berkahwin saja, itu pun terkawal, tidak lah sampai pengsan. Sebab ada kes sampai tidak boleh berdiri, buat aktiviti malah ada yang mengalami sakit yang amat sangat sampai pengsan.

Mungkin ada yang masih tidak tahu apa itu senggugut kan?
Atau anda tidak mengalami senggugut itu sendiri.

Senggugut ialah kesakitan akibat haid berlaku apabila otot-otot pada uterus (rahim) mengecut bagi mengeluarkan lapisan rahim. 
9 daripada 10 wanita akan mengalami senggugut. Jangan risau tentangnya kerana ia adalah normal. 

Kesakitan yang dirasai biasanya ialah kejang di bahagian bawah abdomen. Ia mungkin juga akan mengakibatkan sakit belakang atau sakit pada bahagian atas celah peha. 
Kekejangan akan berlaku selama 2-3 hari atau bermula sebelum datang bulan (petanda datang bulan). 


FAKTOR-FAKTOR SENGGUGUT

  • Pengambilan gula dan garam secara berlebihan serta kopi semasa haid
  • Rehat yang tidak mencukupi
  • Penggunaan tembakau
  • Tabiat makan ( kurang vitamin dan galian dalam badan seperti magnesium, vitamin E, mangan )
  • Kurang pengambilan protein dan rendah serat
  • Banyak mengambil makanan berproses, dan berminyak serta gemar ambil snek tidak berkhasiat
  • Stress boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia dalam badan

PETUA HILANGKAN RASA SAKIT SENGGUGUT

  • Berbaring boleh meredakan tekanan emosi
  • Letakkan tuaman di atas perut seperti beg tuaman panas atau isi air panas ke dalam botol
  • Minum air suam secukup untuk melancarkan peredaran darah
  • Bersenam boleh menggalakkan pengeluaran hormon endorfin di mana ia sangat membantu mengurangkan senggugut
  • sekiranya tidak dapat menahan sakit dapatkan rawatan di klinik berhampiran untuk kepastian. Senggugut teruk juga salah satu petanda penyakit lain yang berkaitan rahim seperti fibroid(cyst) atau endometriosis.

PENGAMBILAN VITAMIN ATASI KEKURANGAN GALIAN MINERAL DALAM BADAN

  • Kalsium, magnesium dan vitamin D – dapat mengelakkan penguncupan yang kuat pada dinding rahim semasa senggugut
  • Vitamin B6 – berupaya melegakan tekanan emosi dan sakit pada payudara. Kembung perut dan keletihan sepanjang senggugut
  • Vitamin E – membantu memberi kelegaan emosi
  • Vitamin C – mengurangkan simptom alahan dan alergi yang terjadi semasa senggugut. Menguatkan sistem imun badan dan mengawal masalah jerawat yang timbul semasa haid.

PILIHAN SUPPLIMEN SHAKLEE UNTUK SENGGUGUT

GLA Complex : membantu menstabilkan paras hormon di dalam badan terutama hormon prostaglandin yang terhasil semasa haid
Ostematrix : kaya dengan sumber kalsium, magnesium, vitamin D yang membantu mengatasi simptom PMS, kekejangan otot rahim kerana penyusutan kalsium berlaku semasa haid.
B-Complex : mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang membantu untuk mengatasi masalah senggugut dan mengawal tekanan emosi  dan rasa stress.

Hubungi mamawawa untuk info lanjut sama ada order Vivix or Vitamin lain Shaklee. Konsultasi akan mamawawa sertakan. 


LOL lotoflove
Mamawawa,
Founder #AuraBiz #ShakleeON 
dibawah naungan group terbesar di Sabah iaitu #PolluxBiz 

Massage/Whatsapp: +60198131301
Fb: Ratna Tna
Fb Page: mama wawa locker
Instagram: mamawawa_vits

Pos Laju/GDX - Seluruh Malaysia
Terminal Bas - Seluruh Sabah
COD - Tawau/Kunak/Semporna

*Jaminan Shaklee: Sentiasa Selamat, Berkesan dan Semulajadi
**Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit.

No comments: