Wednesday, 25 April 2018

BAGAIMANA NAK TAHU ANAK TERLAMBAT PERKEMBANGAN


Mak mak mesti tak keruan bila kita bandingkan perkembangan anak kita dengan anak orang lain. Eh anak orang lain dah boleh jalan, asal anak aku merangkak lagi. Detik hati mak limah.
.
.
Sebenarnya, bukan semua perkara kita perlu bimbang mengenai perkembangan anak-anak. Ada yang kita perlu bimbang dan kebanyakan perkara tak perlu bimbang. contoh anak tak berjalan dah umur setahun tak perlu bimbang. anak tak berjalan dah umur 2 tahun perlu bimbang.
.
.
Yang penting sekali, belajar untuk letakkan bimbang di tempat yang perlu sahaja. Caranya ialah dengan gain knowledge supaya biarlah orang kata apa je tapi sebenarnya ia adalah perkara normal. Ok done membebel. sekarang kita fokus pada main topic.
.
.
Untuk perkembangan dia ada spectrum. maksudnya ada baby cepat dapat sesuatu skill macam bercakap. Ada baby lambat dapat sesuatu skill. Tapi ada lambat yang normal dan ada lambat yang perlukan perhatian dan tindakan mak mak.
.
.
Untuk itu saya bahagikan kepada beberapa kategori perkembangan yang boleh kita lihat:
1. Pertuturan dan bahasa
2. Perkembangan motor
3. Sosial dan Emosi
4. Perkembangan Mental (cognition)

Yang saya akan listkan di bawah adalah #red_flag di mana kalau anak tak attain skill tersebut pada usia yang saya tulis maka mak mak harus check dan rujuk pada doktor ya!
.
.
Pertuturan dan Bahasa
==================
4 bulan
- tidak memberi respond pada bunyi yang kuat
- tidak membebel (no babble)

7 bulan
- tidak beri respond pada bunyi

1 tahun
- tidak menyebut sebarang perkataan seperti mama atau dada

2 tahun
- tak boleh cakap minima 15 perkataan
- tidak guna 2 perkataan (cth nak susu)
- hanya boleh tiru tak boleh bina ayat sendiri

3 tahun
- tidak boleh cakap minima 50 perkataan
- tak guna ayat simple ( makan kat sini)

5 tahun
- tidak faham arahan atau memahami preposition (atas, bawah, sebelah)
- tidak boleh cerita pengalaman

#Jika ada lewat melebihi 6 bulan...contoh 2 tahun 7 bulan tak boleh cakap nak makan, nak susu boleh rujuk pada doktor.

Perkembangan Motor
===================
4 bulan
- tidak reach/ memegang/ atau pegang. atau bawa kemulut
- leher masih lembek lagi ( tak boleh tegak)

7 bulan
- otot masih tak kuat/ terlalu keras
- bila duduk, leher masih lembek
- tidak berguling
- tak boleh duduk sendiri tanpa bantuan

1 tahun
- tidak merangkak
- merangkak tapi hanya sebelah badan
- tidak boleh berdiri walaupun dengan bantuan

2 tahun
- tidak berjalan/ berjalan tapi masih jenjet
- tak boleh tolak walker / permainan yang beroda semasa berjalan

5 tahun
- tidak boleh menendang/ baling bola
- tak boleh mengayuh
- tak boleh berus gigi sendiri
- tak boleh buka baju sendiri

#Jika ada lewat melebihi 6 bulan boleh rujuk pada doktor

Social dan Emosi
===============
3 bulan
- tidak senyum pada orang lain

- tidak memberi fokus pada orang yang baru jumpa

7 bulan
- tidak suka dipeluk (cuddle)
- tidak menunjukkan sayang pada parents
- tidak menunjukkan minat untuk bermain atau cakbah

1 tahun
- tidak bertukar-tukar senyuman, suara atau mimik muka. cth kalau kita senyum, dia tak senyum balik
-. tidak bertukar-tukar isyarat macam bye-bye, tunjuk sesuatu,

3 tahun
- tidak menunjukkan minat pada rakan sebaya
- tidak pandai buat eye contact

5 tahun
- tidak bermain dengan rakan sebaya
- susah nak berpisah dengan ibubapa
- tidak ada reaksi wajah/ emosi atau kalau ada sangat terhad dan sedikit

#Jika lebih 6-9 bulan delay, sila dapatkan rujukan doktor

Perkembangan mental
=====================
1 tahun
- tidak mencari benda yang disembunyikan di depan mata dia
- tidak menunjukkan gambar/ sesuatu

2 tahun
- tidak tahu fungsi alatan yang biasa seperti sikat, berus gigi
- tidak ikut arahan yang mudah
- tidak meniru perlakuan/ perkataan

3 tahun
- tidak ada pretend play eg; main masak-masak

5 tahun

- tidak boleh fokus pada 1 aktiviti melebihi 5 minit
- mudah distracted

#Jika lebih dari 6 bulan delay, sila dapatkan rujukan doktor
.
.
.
Btw artikel ni bukan untuk mendiagnose anak mak mak ada penyakit apape. Ia adalah sebagai guide yang paling basic untuk membantu mak mak supaya bimbang pada tempatnya. Jadi kalau perasan awal anak ada delay, cepat-cepat mak mak boleh bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut

10 comments:

Nowa Mommy said...

Bagus info ni 😉

Eva Erica Isadora said...

Mahu check ni samada perkembangan anak seiring dgn usia

fatin hamzah said...

Yg penting anak kita sihat. Biarpun kdg kala dia lambat berjalan atau bercakap. Pantau je. Jika ada mslh trus jupe doktor

Alezra Alez said...

info best

Suhanah Muslin said...

info yang sangat berguna..

Heera Noy said...

Tq sharing😍

Sharren K. N. said...

Tq infp

Shafizahman said...

Betul, kadang kadang saya risau kalau anak lambat bercakap atau lambat berjalan. Asal saja tak berapa rasa normal dengan perkembangan anak, better jumpa pakar.

Diana Danias said...

tq infonya..

Sylvia Yong said...

Info yang sangat membantu mak2 check perkembangan baby normal atau tidak.
Thank you for sharing😍