Friday, 27 April 2018

KETAM MASAK LEMAK CARA BUGIS

Teringat masa kecik-kecik dulu, kalau mak ada beli ketam, selalu masak lemak, letak kelapa dalam dia. Jadi akak baru-baru ni ada beli ketam batu 1kg rm15. Kira mahal juga lah kalau di sini (Tawau, Sabah). Dulu mak masak begini sebab kami adik beradik ramai, so kalau kurang isi ketam dia kelapa macam kerisik tu lah jadi lauknya hihi. Ok akak nak share lah macamna masak ketam tersebut.

Bahan-bahan A

 Ketam Batu 1 kg
Kelapa 1 Biji
Tali rafia 
Minyak Masak sedikit

Bahan-bahan B 
(tumbuk sekali semua guna lesung)

 3 Ulas Bawang Merah
 3 Ulas Bawang Putih
  Halia 2 Inchi
 Lada Putih 1 Sudu
Sedikit Kunyit
Cukup Rasa Maggi secukupnya
Garam secukupnya

Cara.
 Siang Ketam Batu bersih-bersih.
Parut kelapa sebiji dan bahagi dua. 
Bahagian pertama boleh perah santan. 
Bahagian kedua masukkan dalam kerang Ketam Batu tadi seperti dalam gambar di bawah.
Ikatkan atau cantumkan semula ketam tu dengan tali rafia.

Cara Masak.

Masukkan minyak, tumiskan terus rempah yang sudah di tumbuk hingga naik bau.
Masukkan perlahan-lahan ketam yang siap di ikat. Masukkan Santan.
Tunggu lah sampai masak, mendidih. Kalau akak biar lama sikit supaya kuah pekat.
Lepas tu boleh hidang dan makan.
Selamat Menjamu Selera
masakan selera bugis ini.


Santan, rempah yang sudah di tumbuk & cukup rasa
Rempah yang sudah di tumbuk, guna lesung batu lagi best.

Kelapa sudah di sumbat kelapa
Siang ketam batu sebersihnya

Ketam yang sudah di ikat

Boleh tutup dah kuali atau periuk

tadaaaaa. ini hasilnya

tiada lauk lain pun sedap makan begini

Selamat mencuba.
Ada masa akak akan share lagi masakan tradisi mak ya. Terima Kasih sudi baca.

8 comments:

fatin hamzah said...

Boleh try ni

Alezra Alez said...

aduiii sedapnya

Nowa Mommy said...

Sedapnyaaaaa
Mau cuba ni tau

Eva Erica Isadora said...

Punya sedap ni. Terliur ba ni 😂

Suhanah Muslin said...

wah sedapnya..selalunya masak ketam masak lemak cili api..ni kali mau try masak lemak cara bugis pula...tq

Heera Noy said...

Lain kali nak buat juga😍

Shafizah said...

Wah, resepi baru boleh di cuba ni. ��

Diana Danias said...

nampak pun sedap. 😋😋😋