Wednesday, 20 June 2018

CARA BUAT BURASAK BUGIS

Salam Aidifitri buat semua...
Lama sudah rasanya nak share cara buat burasak (makanan tradisi bugis) ni. Tup tup hari ni  Hari Raya Ke 6 ini lah baru ada masa menaip. 

Bahan-bahan:-
Beras 2 Kg
Santan 2 Biji Kelapa
Garam sedikit

Daun pisang
Tali rafia



Masak santan & beras di kuali guna api kecil (maaf sebab lupa gambar).  
Gaulkan sehingga agak kering berasnya (separuh masak) seperti dalam gambar di atas.



Bungkuskan beras tadi yang sudah di masak ikut kuantiti kesukaaan anda. Untuk bungkus beras tu sy guna daun yang muda. Kalau sy lebih suka buat tipis (kuantiti 2 sudu makan sahaja)


Bungkus sama rata sperti ini supaya senang diikat. Daun jangan lupa jemur terlebih dahulu @ panaskan atas dapur gas sahaja supaya senang lipat. 


Kumpulkan sekali 6 @ 8 biji untuk bungkuskan sekali lagi.


Bungkuskan sekali lagi dengan daun pisang yang agak tua. Rapikan sehingga air tidak tembus ke dalam beras. 


Begini lah rupa lepas di ikat. 


Sampai masa untuk rebus burasak kita tadi. Masukkan daun daun pisamg yang tidak diguna di bawah dan tepi dalam periuk, susun secara menegak. 

Atas pun kena tutup supaya air didih tidak melimpah keluar.
Masukkan air sampai menutupi burasak tadi, then boleh hidupkan api sederhana sahaja. Tambahkan air selepas 2jam penuhkan seperti pertama tadi. 
Teruskan masak 2@3jam seterusnya.



Tadaaaaa...begimi rupa Selepas 4jam di atas api.
Boleh dah makan ni. Tinggal masak Ayam Likku lagi.

Alhamdulillah. Cantik kejadiannya. 

Selamat Mencuba semuaaaa.

No comments: